Latar Belakang Syarikat Syarikat

HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan disember  1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang perihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantauan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.

Visi syarikat adalah untuk mengorak langkah kearah merealisasikan matlamat sebagai salah satu agensi yang perihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan dengan menghasilkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing seterusnya memperkenalkan barangan kosmetik pertama syarikat iaitu Sabun Susu Kambing HR.

Keseluruhan produk HR mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk HR adalah daripada susu kambing segar yang diperolehi daripada ladang ternakan yang berkonsepkan mesra alam dan dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan. Ia telah diuji dan terbukti kehebatannya dan boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Selain daripada memiliki kepakaran teknologi  tersendiri,HR marketing juga telah bergabung kepakaran dengan S.A Laboratories Lustrel Perancis dan telah berjaya menghasilkan formulasi Pil Susu Kambing yang pertama di dunia. Formula menghasilkan produk-produk HR juga telah diiktiraf keunggulannya oleh Makmal Kosmetik Antarabangsa Perancis serta mendapat nasihat daripada pakar penyelidikan Advanced Oleochemical Technology Centre (AOTC) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) bagi memastikan produk HR sentisa berada di dalam standard kawalan kualiti yang ditetapkan serta selamat digunakan.

HR Marketing pastinya menitikberatkan penghasilan produk-produk yang bermutu tinggi dengan kepakaran teknologi yang mantap untuk menjadikan portfolio produk yang lengkap dan pelbagai iaitu Bersih, Suci dan Halal.

Penubuhan HR Marketing Sdn. Bhd. direalisasikan hasil perbincangan pertama di antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada bulan Oktober 1998 untuk menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing.

Seterusnya, pada 26 november 1998, majlis menandatangani perjanjian pengeluaran produk di antara institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan HR Marketing Sdn. Bhd. telah diadakan di ibu pejabat PORIM di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pada hari tersebut termeterailah perjanjian di mana formula yang dirumuskan oleh Kumpulan HR bagi memproses dan menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing akan dibantu dan dijayakan oleh pakar dan penasihat dari PORIM. Majlis perjanjian tersebut juga menyaksikan kedua-dua pihak telah sebualat suara untuk bekerjasama menghasil dan memasarkan sebelas(11) jenis barangan kesihatan berasaskan susu kambing.

Pada 28 november 1998, majlis pelancaran barangan kosmetik pertama iaitu sabun susu kambing HR telah diadakan di pejabat operasi di no 44 jalan pegawai, alor setar,kedah darul aman. Antara produk yang telah dihasilkan dan dipasarkan bermula bulanmac 1999 iaitu pencuci muka (skin freshener), krim pemutih muka pelindung UV matahari (skin whitening cream with UV Protection) dan jel pembakar lemak (slimming gel) yang kesemuanya berasaskan susu kambing sebagai bahan utama. Produk yang ternyata bakal menjadi sejarah dan menciptanama bagi barangan buatan Malaysia adalah  krim pelembab muka (moisturiser) yang diperkaya juga dengan vitamin E di mana formula ini, iaitu kombinasi bersama rumusan susu kambing dan vitamin E adalah yang pertama seakannya di dunia.

Maklumat Korporat HR Marketing Sdn. Bhd.

Pejabat Berdaftar Dan Pejabat Operasi:
44, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Hashim bin Jahaya
Pengerusi Eksekutif

Ismail bin Haji Awang
Pengarah