Lawatan ke HR Manufacturing Part 2






Lawatan ke HR Manufacturing kali ini disertai oleh insan-insan hebat dari Team BBST Sepang di ketuai oleh Tuan Roshidi. Bertolak dari Salak Tinggi 7/4/2011 jam 9:30 mlm dan tiba di Bertam, P. Pinang pada 8/4/2011 jam 3:00 pg dan kami berehat untuk melelapkan mata seketika sementara menunggu menjelang pagi di rumah En. Hairudin ( Che Din ). Pagi tersebut kami meneruskan perjalanan ke Mergong, Alor Setar bersama-sama Team Leader En. Khairul Aza dan Che Din pada jam 9:00 pg dan tiba di Alor Setar tepat pada masa yang dijanjikan jam 10:30 pg. Di kilang kami telah disambut dengan baik dan lawatan diteruskan dengan melihat semua proses-proses penghasilan produk-produk HR serta diberi penerangan dengan jelas setiap proses serta penerangan berkenaan perancangan Syarikat untuk produk-produk terkini yang bakal dilancarkan seterusnya. Bagi pembaca anda perlu yakin dengan kekuatan Syarikat ini kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar produk berasaskan SUSU kambing milik bumiputra Islam dan tidak menanggung hutang didalam pembinaan perniagaan ini. "SERTAILAH KAMI"






Koleksi Gambar-gambar sewaktu lawatan ke HR Marketing di Mergong, Alor Setar, Kedah.